Sunday, May 18, 2008

Susulan dari penyakit pokok....

Apa yg dapat dirumuskan:-
1) Kemungkinan pokok2 tersebut kekurangan Nutrient Fe (iron). Fe adalah utk biologikal proses membentuk klorofil dan enzim dlm meleraikan nitrate nitrogen ke ammonical nitrogen yang di perlukan oleh pokok. Secara tak lansung ini menyebabkan terjadi N deficiency dan daun pun pucat dan kecil2.
2) Kemungkinan ke-2, PH media mungkin tinggi dan akar tak leh nak serap fe.

Langkah yg disarankan:-
1) Sebagai quick action spray ngan 25ppm(sbg booster spray shj) chelated iron solution 2hari sekali, sebanyak tiga kali.
2) Tambahkan 1ppm Fe ke dalam stok baja dan digunakan seperti biasa.
credit to: abg mat ~forum bicarajutawan.

Selain itu, penyakit ini juga ada dikait kan dgn serangan hama....namun aku masih blur sama ada betol atau tidak. Bagi tidak meragukan aku dinasihatkan memberi racun utk hama2 setiap hari . Sebagai langkah yg terbaik aku juga cuba dapatkan RAW Fe, malangnya kat Langkawi masih belum dijual so....aku buat keputusan dengan memberi Folia pada setiap pagi...kerana didalam folia juga terdapat unsur Fe.

Hasil selepas sebulan:-
Pokok semakin pulih, namun perkembangan agak terbantut dan lambat mengakibatkan pengeluaran hasil yg kurang memberasangkan dan lembab. Walaubagaimana pun ianya boleh dikatakan 45% pulih. Aku percaya, sekiranya dapat digunakan Fe booster spray tue dan beberapa kelengkapan utk menilai tahap PH media....mungkin peratusan utk pulih melebihi 45%. Insya-Allah aku akan cuba sediakan kelengkapan yg secukupnya sebelum memasuki pusingan kedua nanti.